Rabu, 15 September 2010

SUSAHNYA JADI PEREMPUAN ISLAM

Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki, Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya, Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki, Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak, Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya, Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri, Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya.. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya. Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.

Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini, dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata. Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

1 komentar:

anggit hoky menyapa... mengatakan...

dibalik kesuksesan seorang lelaki(suami) ada wanita(istri) bijak yang slalu menjadi kebanggaan keluarganya terutama suami dan anaknya..:-)

Posting Komentar

 
Copyright © Pelangi Hati Husna. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh